Sedar tak sedar rupanya dah masuk minggu terakhir sem 1 di sini. Rasa macam sekejap cuma. 2 bulan yg lepas seperti baru bertatih-tatih di UK dan akhirnya dah mula sibuk nak siapkan tugasan yang amat mencabar emosi, fizikal dan mental.
Esei..Hahha memang betul-betul menghantui hidup ini. Masih ‘in progress’ walaupun adakala dihimpit kebosanan yang amat kerana baru mula nak menulis bahan ilmiah yang serius setelah sekian lama berehat panjang. Tapi apabila ditambah dengan ‘angan-angan’ masa menulis human rights essay, anggaplah anda memberi nasihat pada loyer-loyer yang ditangkap masa Human Rights Walk pasal hak asasi mereka terutamanya pada Edmund Bon@bekas master Ed,kawan aku yg dah jd DPP tue ahhaha…emm naiklah smgat nak tulis dan baca balik huhuhu…memang motivasi sangat perlu kala waktu yang mencengkam dan emosi boleh jadi tak tentu hala.
Memang betul writing is lonely job sometimes, banyak berfikir, brainstorm dan perlu cerdik memilih bahan. Bukan bererti mengadap buku Steiner Alston Human Rights yang tebal dekat 2000pages dari A sampai Z (hanya Mr.Nazim saja mampu lakukan ahahhaha, betul tak sir:p) tapi tau mana yang perlu dibaca. Baca dan memilih bahan dari kitab Oppenheim, Ian Brownlie, Crawford dan Lauterpatch in International Law ditambah dengan treaties UN Chater, UDHR dan kes-kes spt Nicaragua, Adolf Einchmann, journal2 tulisan Greenwood, Hurst Hannum, Christine Gray mahupun di’sengal’kan lagi dengan keperluan ‘alert’ pada isu-isu semasa antarabangsa (Doctorine Bush dan Rumsfeld?hahaha) memang menguji minda dan kesabaran. Kalau sesiapa hendak menjadi seorang pelajar post graduate dan bakal pensyarah inilah cabaran yang perlu dihadapi.
Sambil-sambil tue boleh juga melayan lagu Imran Ajmain Seribu Tahun,meh nyanyi samer2 yea…
Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini
Biar berputar utara selatan ku tak putus harapan
Sedia setia
Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki ku-kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan terlelah gelombang lautan
Ku masih setia
Adakah engkau tahu… ini cinta
Adakah engkau pasti… ini untuk selama-lamanya
Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini… yeah…
Biar berputar utara selatan ku tak putus harapan
Sedia setia
Jangan putus harapan… sedia setia……
“Kelip-kelip disangka api,
Kalau api mana puntungnya?,
Hilang ghaib di sangka mati,
Kalau mati mana kuburnya?
—>lagu yang penuh makna dan pengertian mendalam